Sabtu, 8 Mei 2010

Jawapan kepada Soalan (Konkrit Part1)

Dalam post saya bertajuk Konkrit (Part1) bertarikh 30 Jun 2009, ada member tanpa nama telah bertanyakan soalan

' kalau kt nk oder gred 20 tapi plant jauh dr site kite, sy cdgkan oder grade yg lebih tinggi spt gred 30 sbb@.....'

Saya ada bg jwpn yg ini sebenarnya common sense shj, cuma psikologi mengatakan ia ok.....wbpn, ada alasan yg mengatakan ia sebenarnya boleh digunapakai....

Sebagai seorg konsultan, apabila kontraktor mengatakan yg mereka ingin menggunakan G30 untuk konkrit G20 (misalnya), perkara pertama yg perlu diberi perhatian adalah masa. Ini adalah kerana suhu di Malaysia yg panas menyebabkan konkrit boleh terdehidrasi atau kehilangan air, ini menyumbang kepada kebolehkerjaan yg kurang dan seterusnya apabila konkrit sampai ke tapak, konkrit akan kelihatan keras dan menyusahkan buruh menarik konkrit masuk ke dalam acuan...

Ramai yg mengambil jalan mudah dgn menambah air di dalam konkrit.......nampak mudah. tapi sedar atau tidak dgn menambah air mengurangkan kekuatan konkrit? (perlu diingat faktor utama yg menyumbang kekuatan konkrit adalah nisbah air dan simen (w/c ratio),

Senario 1)Air banyak, simen kurang-konkrit lemah, cair & mudah bergerak dlm acuan.
Senario 2)Air kurang, simen banyak-konkrit kuat, pekat & susah bergerak dlm acuan.

Jadi, seandainya tapak jauh dari loji bancuhan dan lori terpaksa bergerak jauh, ditambah pula dgn kesesakan lalulintas dan lampu isyarat yg bnyk? sudah pasti dgn suhu yg panas, air akan mudah menyejat dan terjadilah proses dehidrasi dan seterusnya senario 2 akan terjadi. Walaupun, kekuatan konkrit akan sedikit naik, namun keadaan ini tidak disukai kontraktor kerana isipadu konkrit akan sedikit kurang dan konkrit susah digerakkan/'kebolehkerjaan rendah'.

Ada dua cara penyelesaian;

1) Bancuhan kering di loji, air (isipadu air adalah berdasarkan Design Mix) akan ditambah sewaktu lori bancuhan masuk ketapak, tapi cara ini kurang disukai kerana tiada mekanisme pengawalan isipadu air yg akan ditambah......lagipun org plant x suka dtg site.

2) Cuba melakukan proses konkrit pada waktu malam. Suhu malam yg sejuk memungkinkan proses dehidrasi dapat dikurangkan.

Namun, bagaimana dgn projek2 yg kecil?? kerana loji berada jauh dari tapak ni biasanya projek2 kecil...

Satu cara paling mudah ialah gred konkrit akan ditinggikan dan ditambah air di tapak. proses ini dalam bhs inggeris dipanggil retempering.....Cara ini dipersetujui oleh kontraktor dan konsultan.

Banyak mana air perlu ditambah?? Sebelum proses retempering ini dipersetujui oleh kontraktor dan konsultan, konsultan perlu melakukan sedikit kerja rumah....

Sebelum melakukan pengiraan, kontraktor perlu memberi design mix kepada konsultan untuk G30 dan G20....

Apa yg perlu diperhatikan dalam design mix?

1) Perhatikan Nisbah air:simen (w/c ratio)
Katakan ; G20 - 0.5. G30 - 0.4

2) Perhatikan berat simen & air untuk kedua2nya untuk setiap meter padu.
G20 - Simen=380kg. (air=190kg)
G30 - Simen=450kg. (air=180kg)
Contoh sahaja.

3) Ok...sekarang...gunakan nisbah w/c G20 (atau gred yg sepatutnya) , tetapi berat simen G30.

0.5 = air / 450kg
air = 225kg.
Air yg sepatutnya digunakan adalah 225kg. Jadi air yg boleh ditambah di tapak
adalah sebnyk 225-180=45kg atau lbh krg 45liter.

Susahkan nak faham,, xpelah...konsepnya adalah....seandainya kontraktor mahu menggunakan konkrit yg lebih tinggi dgn alasan perjalanan yg jauh akan mengeraskan konkrit, xde masalah. Tapi sekiranya kontraktor ingin menambah air di tapak, boleh....tapi air mestilah ditambah setakat nisbah air dan simen sama mcm g20.

Soalan seterusnya

'mcm mane lak nk tarik slump konkrit'

Sebenarnya, saya nak bg penerangan di atas tadi, tapi psl dh ada soalan, maka sy pn simpanla penerangan tu.... mcmn nak tentukan konkrit tu terlampau 'kering' atau 'basah'....sebab ada yg tgk mata je dh tau konkrit tu kering/basah...jadi untuk kesenangn semua pihak. ujian slump dilakukan.

Rujuk kpd kes td, katakanlah kontraktor oder G30 utk digunakan pd G20, seandainya slump ditarik dan masih lagi 75 lbhkrg 25, oklah. Tapi kalau terlalu kering/kurang jatuhnya, bolehla ditambah air (mengikut kaedah nisbah air:simen di atas).

Soalan seterusnya;

'Boleh trnagkn perbezaan gred konkrit'

Sewaktu konkrit mula2 dicipta, kajian dilakukan untuk mengetahui kekuatan konkrit sebenar...untuk mengetahui berapakah kekuatan konkrit sebenar, konkrit perlu berhenti mengeras, kalau tidak kekuatannya tidak dpt ditentukan. Ini menjadi msalah bagi kebanyakan saintis kerana kebnanyakan konkrit tidak berhenti mengeras walaupun telah berdekad. jadi kekuatan konkrit bertambah dan terus brtambah......

Jadi satu kaedah dicari untuk mendapat kata sepakat bagi semua untuk mengetahui kekuatan konkrit. Setelah kajian dibuat, mereka mendapati konkrit aktif mengeras dalam bulan yg pertama. selepas tu proses itu menjadi semakin perlahan dan terus perlahan. Maka, (dgn mengambil kira bulan februari bulan yg mempunyai hari plg terendah) 28-hari menjadi pilihan. 28 juga boleh dibahagi dgn 7(minggu) dgn cantik.

Jadi kekuatan konkrit adalah ukuran kekuatan konkrit pada 28-hari ye....bukan kekuatan mutlak/ultimate strength kerana kekuatan mutlak akan bertambah dari hari ke hari dari tahun ke tahun.

Jadi gred konkrit adalah kekuatan konkrit pada 28hari selepas konkrit dibancuh. Semakin tinggi gred (cth gred 30, gred 40) semakin tinggilah kekuatannya PADA 28 HARI. Konkrit gred 30 boleh mencapai gred 40 pada masa hadapan (selepas 28 hari).

Gred ini diukur dalam unit N/mm2. Setiap kali bancuhan, konkrit akan diuji dgn menggunakan kiub 150mm x 150mm. dan dikenakan TEKANAN MAMPATAN SAHAJA. tekanan yg dikenakan ke atas kiub diukur dalam unit Newton. Jadi, setiap kiub yg diuji sampai pecah akan diambil bacaan.

Jadi, maksud gred konkrit adalah KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT PADA 28 HARI. jadi kalau nak bc gred konkrit g20 perlu dibaca sebegini.

GRED 20N/mm2 KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT PADA 28 HARI. Kalau diuji kekuatan tegangan dah bukan termasuk dlm geng ni atau diuji pada sebelum atau selepas 28 hari dh kira lain.




















19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seronok membaca thank u... harap ada part 2

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Thanks....insyallah nanti ada.

Tanpa Nama berkata...

salam cm ner kite nk oder konkrit utk sesuatu stucture ye??bpe meter yg di pelukn???plz email saya gurun_sahara666@yahoo.com

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Cara nk order konkrit utk satu structure perlu mengikut bentuk dan isipadu sesuatu struktur tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Konsultan mengesyorkan agar kami membuat compression test pada kiub pada hari ke 21. Concrete adalah G30N. Bacaan yang didapati adalah 169kN. Bagaimana saya ingin memberitahu secara jelas mengenai hal ini, samada ianya mencapai spesifikasi atau tidak. Pada saya, kalau direct conversion ialah 1kN=1000N, maka 169kN ialah 169000N. Adakah ianya betul?

Admin berkata...

169 atau 1690?

Tanpa Nama berkata...

byk persoalan yang terjawab

saadi berkata...

alhamdulillah saya turut berkongsi ilmu dngan blog ini

Tanpa Nama berkata...

as salam..alhamdulillah jumpa juga tentang konkrit watku mlm...saya student dari politeknik..ingin bertanya pda en. adakah konkrit dgn mnggunakan suhu pda waktu mlm ini kkuatannya akn lebih tggi bebnding dgn konkrit wktu biasa..konktit wktu mlm ini sya telah jdikn final projek sye..sye dpt idea ini apabila sye mlihat die luar negara apabila musim salji mereka mnggunakn konkrit cuaca sejuk dn kekuatannya lbih tggi...jd dmlysia suhu pada wktu mlm lebih rendah brbnding ptg..harap en. mmbalasnya..

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Pada pendapat saya, bukan masalah malam atau siang, tapi suhu persekitaran yg memainkan peranan, kebetulan di Malaysia, malamnya sejuk. Ini adalah kerana, cuaca yg panas menyebabkan bnyk pemeluwapan air berlaku, seterusnya water content sedikit sebanyak akan berkurangan. Ia akan mengakibatkan konkrit mengalami shrinkage. Konkrit waktu sejuk/malam digalakkan tetapi jangan waktu hujan, kerana water content akan berlebihan pulak.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih krna berkongsi..ok..sye fham disitu..bagaimana sya ingin mmperkukuhkn lg idea ini kpd lecture nnt ye..krna sya rsau lecture akn brtanyakn ttg kos...jklau konkrit dwktu mlm pmasangan lmpu diperlukan..disitu ia perlukn kos...

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Betul, bukan sekadar lampu, kos bekalan konkrit akan meningkat kerana mereka terpaksa bekerja lebih waktu ofis, staff kontraktor, konsultan juga begitu. Cara terbaik adalah menyejukkan air itu sendiri dengan memasukkan ais. Kos paling mudah dan murah.

Tanpa Nama berkata...

pada mulanya saya sudah bg cdangan sebegitu..iaitu konrit mggunakn air sjuk..ttpi lecture tdak stuju..kerna kos utk mnyejukn air..dn sya tkar konkrit ke wktu mlm..krna suhu cuaca lbih rndah dn suhu air pn trut rndah...ia stju..ttp skrang sya tkut dlm pmbntangan nnt kena bidas ats kos2 yg En. nyatakn td itu..Ade x jwpn yg bernas yg boleh mlwan isu kos itu..hehe..harap mmbntu..sy pning mmikirknnya..

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Tula saya rasa tambah ais waktu siang jauh lebih murah dari kerja waktu malam. Tapi xpelah, awak ckp jela mungkin implikasi kos meningkat, tapi waktu penghantaran konkrit dr tapak bancuhan ke tapak boleh dikurangkan waktu mlm, kerana traffic jam kurang waktu tu.

Tanpa Nama berkata...

ok..terima ksaih En. krna mmbantu...

Tanpa Nama berkata...

assalamualikum...boleh terangkan apa maksud gred 20,30 dan yg lain-lain....

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Kekuatan konkrit pada hari ke28 selepas simen dibancuh. Makin tinggi, makin kuatlah kekuatan konkrit tu. 20 atau 30 dan lain2 bermaksud 20N/mm2 atau bersamaan konkrit yang berkeluasan 1mm2 boleh menampung beban 2 kilo pada hari yg ke28. begitulah seterusnya bagi gred 30, 40 dan lain2.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana pula kalau jarak antara batching plant dengan site hanya 10 minit sahaja tapi kontraktor masih menambah air didalam redy mix sebelum proses penuangan bermula di tapak?

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Apa-apa pun penambahan air dalam konkrit sama sekali tidak dibenarkan melainkan ia disertai dgn simen mengikut nisbah bancuhan

Catat Ulasan

Terima Kasih untuk setiap ulasan.