Selasa, 8 Jun 2010

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalhnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar??

Dalam Internet pn sebenarnya susah jgk nk cari, sebab bnyknya memberikan kaedah pengiraan dan bukannya bancuhan sebenar.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar... ini kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya??

Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan2nya... agak susah untuk mengikut sebijik2 mcm dlm design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran.

Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... SETIAP BANCUHAN PERLULAH DIUJI DGN UJIAN MAMPATAN SEBELUM DILULUSKAN....

untuk G7.5 = 1 : 3 : 6 (Simen : Pasir : Batu)
untuk G20 = 1 : 2 : 4
untuk G25 = 1 : 1.5 : 3
untuk G30 = 1 : 1 : 2

Bagaimana nk menggunakan nisbah ni... Nisbah ini hendaklah digunakan mengikut BERAT, diulang BERAT bukannya ISIPADU..

Ada satu lagi bahan paling utama dalam simen yg saya tertinggal, air... mcmn nk kira bancuhan air??

Kalau permukaan konkrit tu tertutup/dlm bangunan dan dia pn bukanlah tanggung beban yg kuat sgt gunakan nisbah air:simen 0.65.

Kalau permukaan konkrit tu terdedah kepada hujan panas/dia digunakan utk tanggung beban gunakan 0.55.

Kalau permukaannya terdedah secara langsung kpd air/ terendam, spt contoh konkrit dlm sungai/laut/bawah tanah , gunakan 0.45.

peratikan contoh mcmn nk gunakan ia....

contoh; untuk membancuh gred 20... 1 kg simen : 2kg pasir : 4 kg batu. Ktakanla timbang xde kt tapak......mcmn?? dan katakanla nak buat konkrit terdedah kpd hujan...


Langkah 1 : Utk kali pertama, kena gunakan timbang jgk .kira berapa berat baldi & berat yg dia blh tanggung... mcmn?? sng aje...masukkan air sampai penuh. pastu timbangla.....katakanla dh masukkan air beratnya 20kg (utk kali pertama ni kene cari jgk timbang, melainkan kita ada baldi yg ada tunjuk berapa isipadu)....(kalau nk timbang berat baldi tu sebelum & selepas pn boleh, tp bezanya x bnykla.)

Langkah 2 : Lps tu bahagikanla dgn berapa meter padu baldi tu....Katakanla dia blh tanggung 20kg air . 1kg air = 0.001m3 air. Jadi, 20kg = 0.02m3. Maksudnya, baldi tu blh tanggung 0.02m3 bahan.

Langkah 3 : Sediakan mesin pembancuh.. yg lbh krg mcm nila...

gambar dari http://www.caer.uky.edu

Langkah 4 : Masukkan satu bag simen = 50kg... Nisbahnya bertukar menjadi

1 : 2 : 4
50 kg : 100kg : 200kg

Langkah 5 : Masukkan pasir 100kg. Macamn??.... Ketumpatan pasir lbh krg 2600kg/m3. Jadi, pasir yg perlu dimasukkan adalah sbnyk 0.04m3 atau 2 baldi.

Langkah 6 : Masukkan batu 200kg.... ketumpatan batuan juga anggap sama mcm pasir. Jadi, batu yg perlu dimasukkan adalah sbnyk 4 baldi.

Langkah 7 : Untuk masukkan tambah air kita ambil nisbah air : simen =0.55... Jadi utk setiap 50kg simen (1 beg) = 0.55 x 50 = 27.5kg air diperlukan. 27.5kg = 27.5liter. 1 baldi setengah dipelukan.....

Jadi utk G20 utk setiap bancuhan tong 20liter, 1 bag simen memerlukan 2 baldi pasir, 4 baldi batuan dan 1 baldi setengah air.

INGAT : BANCUHAN INI UNTUK UJIAN MAMPATAN SAHAJ DAHULU.... BILA TELAH LULUS MAKSUDNYA BILA DIUJI, MAMPATAN MELEBIHI 20kN/mm2 SELEPAS 28 HARI, BARULAH IA BOLEH DITERIMAPAKAI.

Bagaimana jika tidak lulus?? Cuba gunakan untuk gred yg lebih tinggi...cthnya gunakan bancuhan gred 25 (1:1.5:3) untuk gred 20...kalau gagal lagi gunakan gred yg lbh tinggi lagi.. tapi biasanya akan lulus...melainkan waktu dia buat tu dia tipu.

163 ulasan:

Chinta Imm berkata...

love penenrangannya..really membantu..thanks ya!!!

Chinta Imm berkata...

muhammad firdaus!!! thanks a lot!really wanna b a engineer like u!! thanks

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Terima kasih.....saya cuma berkongsi..

Tanpa Nama berkata...

maaf boleh saya tahu cara pengiraan sekiranya saya hendak membuat 1 bay jalan dengan kelabaran 3m x 6m x 100 mm thck? gred yang digunakan adalah gred 30

firdaus berkata...

Nisbahnya adalah 525kg air, 950kg simen, 950kg pasir, 1900kg batu...... Bnykkan?? Adalah dinasihatkan supaya kalau melebihi 0.5m3 tu ambiklah simen pracampuran (ready mix) yg dihantar melalui lori, kerana nisbahnya lebih rendah kerana ia menggunakan bahan tambah yg dibenarkan. Kalau ready mix nisbah simennya lbh kurang 720kg sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya ingin tahu pengiraan bagi untuk satu ujian runtuhan(slump test), dan satu ujian kiub. nisbah yang di gunakan untuk setiap ujian 1:2:4 dan 1:3:6. brapakah jumlah berat bagi setiap ujian.

Tanpa Nama berkata...

salam en.firdaus...leh sy thu nisbah yang biasa digunakan untuk bancuhan ferosimen dan apa pendapat en.firdaus untuk ditambah kedalam bancuhan ferosimen untuk ia lebih kuat..selain polimer getah...

Tanpa Nama berkata...

blh sy taw cm ner nk kire konkrit bpe meterpadu untuk sesebuah structur????andai katalakn 20x8x3=480meterpadu untuk 1 struktur..so bpe yg kite perlu oder konkrit utk strutur tersebut???sila email saya gurun_sahara666@yahoo.com....

Tanpa Nama berkata...

salam.. ape pandangan u tentang kitar semula kiub test menjadi konkrit yang baru terdapah banhan tambahn baru seperti kertas sebagai bahan penyerap..

Tanpa Nama berkata...

Saya nak fahamkan disini, Nisbah yang JKR bagi contohnya 1:2:4 bukanlah berasaskan Kg tetapi isipadu.Tak payah pikir pasal timbang timbang ni, itu semua mengarut. Yang hanya perlu dilakukan hanya cari 1 kotak atau pun baldi sahaja. contohnya 1 kotak untuk simen : 2 kotak untuk pasir : 4 kotak untuk batu. itu sahaja. tak perlu nak fikir pasal berat berat. saya nak fahamkan disini, simen, batu dan pasir density tidak sama. jangan ulangi kesilapan begini. jika hendak mengetahui kandungan air cuma perlu apa nisbah yang anda mahukan dan kirakan. pastikan anda gunakan visual untuk slump ketika bancuhan.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Utk ujian kiub dan ujian slump di atas, saya dah beri penerangan dlm post di atas.... jd saya rasa baik saudara kira melalui pengiraan di atas. Bagaimana nak kira 1:2:4 & 1:3:6.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Pasal ferosimen, saya minta maafla, mgkn blh cuba letakkan soalan tu dlm group facebook. Mgkn ada yg tahu, sebab saya pn masih dlm proses pembelajarannya lagi.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Biasanya, untuk order konkrit, akan ada tolerance lebih 10m3. Sbg Site Eng., kita kena bertanggungjawab waktu order konkrit, bila dah dekat nak habis proses menuang konkrit tu kita kena berada di situ, mungkin kita boleh hold 1/2 load lori sambil mengira dgn kasar berapa lagi isipadu konkrit diperlukan.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Kalau nak dibuat kiub konkrit yg dipecahkan dan dijadikan aggregat balik x salah, tapi apa2 pn, kena buat ujian sama macam aggregate biasala....tapi klu dikatakan kertas sbg bhn penyerap sy x berapa pastila, dan sbg bhn penyerap pn sy x pasti. Apa maksud bahan penyerap tu sy sebenarnya kurang pasti....mgkn ni benda baru bg saya.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Klu nk diikutkan dlm Spec JKR, THE WEIGHTS OF CEMENT & DRY AGGREGATE, IN KILOGRAMS, TO PRODUCE APPROXIMATELY 1 CU.M OF FULLY COMPACTED CONCRETE.... jadi dgn jelas ayat di atas menunjukkan bhw simen & aggregate kering perlu dikira dlm unit berat. Wbp, kaedah yg diberikan dlm post termasukla kiraan diatas hanya cadangan, perlu dibuktikan dahulu dgn test kiub.

Tanpa Nama berkata...

bos kalau lantai simen berumur 30 thn...mampukah menampung beban 3000-4000kg dalam bilik 15 kaki x 15 kaki???

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Nak kena tgk design dl, mcmn? Apa besi di dlmnya, klu kayu/besi senang sikit, tgk je dh blh agak gelegarnya, tp klu konkrit nk kena tgk dl tebal, saiz besi, bebannya jenis apa.

amyza berkata...

salam...i nie student..i wanna noe ape latest issue pasal reinforced concrete ek? hope u blh reply a.s.a.p...i nk taw jugak ape initiative engineer2 utk solvve kn problem 2..

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

issue apa tu???

Tanpa Nama berkata...

salam...bagaimana dengan gred 35

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Nape dgn G35??

kai rie berkata...

trima kasih..anda membantu sy utk membuat laporan latihan industri..

wanda berkata...

Salam..nk tnye,
bagi kerja2 plastering ngn rendering.. ade beza x dari segi bancuhan.. dan berapa plak nisbahnye.. terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

1:2:3(simen:pasir dulu ker:ker batu)

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Simen : Pasir : Batu

Tanpa Nama berkata...

Gred 40 pulak cm ner ek? berapa nisbahnya? dan juga airnya???

Tanpa Nama berkata...

salam..dalam rancangan nak bina bangunan 2 tingkat..nak buat sendiri termasuk bancuhan simen..hanya nak buat dinding sahaja 2 tingkat..dan bumbung..boleh beri sebarang komen?

Admin berkata...

xde masalah, cuma pastikan tanah untuk tapak tu betul2 kuat untuk menahan beban....

Tanpa Nama berkata...

En. Firdaus, nak tanya, jika build up 60 x 60, tanah rata, piling kayu bakau, 15ft/piling point, 3 tingkat. Jadi, boleh pakai konkrit G30 untuk footing, slab, bean dan column? Terima kasih!
:-Vincent

Afzal Aziz berkata...

Salam...En.Firdaus...saya baru shj melayari blog sdr kebetulan mencari kaedah untuk membuat simen di halaman rumah yg terdedah. Utk pengetahuan sdr, keluasan yg diperlukan utk buat simen ant 1o ft (p) x 16 ft (l). Apakah gred simen dan bancuhan yg sesuai? Ulsan sdr sgt sy hargai. Terima kasih.

Admin berkata...

Afzal Aziz - saya nasihatkan tuan gunakan Gred20 dan letakkan BRC sekurang2nya A6 kalau ada kenderaan di atasnya, tebal lapisan simen tu dalam 50mm/2inci.

Tanpa Nama berkata...

Nurul Huda-Salam,.. En.Firdaus,,.. air simen y diperlukan is 0.55,..
tp,kalau dlm bancuhan kite ta ikut isipadu air tu, mksudnya lebih kan air, bancuhan konkrit tu still le diterima x?
stiil kene gune isipadu air simen tu jugak ea?


thankz

Tanpa Nama berkata...

Nurul Huda-1 more thing, if nk pakai bahan tambah dlm konkrit, macmmane nk kire peratus pada nisbah bancuhan,.. cntoh nisbah biasa 1:2:4,.. untuk bahan tmbh, nisbah y saye pakai 1:2:3:1,.. bahan tmbah saye nk guna adalah 5%,...


thankz En.Firdaus

admin berkata...

Pertama sekali saya nak tau apa jenis bahan tambah tu? Kalau dalm bantuk cecair lain dan dah ada dalam specnya diberitahu, kalau simen dia pun akan bagi nisbahnya.

Tanpa Nama berkata...

Slam en. Sy student. Klu mgunakan bahan tambah yg bru spt cat simen sancora guard dlm bata blok konkrt untk mgetahui thap kekuatan bata tersbut. Bape nisbah yg bata yg ptt digunakn jika pgunaan bhn tmbh ialah 10%

Aerule-ida berkata...

cmne lau sy nye projek gunakan:
cement: 123kg
sand: 172kg
granite: 186kg

cmne nk kire nisbah nye plak ye?

Tanpa Nama berkata...

en firdaus -tolong bagi info -size besi y yg sesuai untuk rc konkrit post mendirikan rumah 2 tingkat

Tanpa Nama berkata...

untuk nisbah bancuhan konkrit gred 35 hingga 60 macam mana?

Tanpa Nama berkata...

saya terlibat dlm projek akhir semester 6 politeknik. sy membuat penggantian pasir dgn menggunakn kulit kerang. apakah komen encik? lg satu, sy xpandai untuk mengira kandungan air, simen, pasir dlm setiap kiub konkrit yg ingin dibancuh. inginkn tunjuk ajar. terima kasih=)

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Konkrit post rumah 2 tingkat - Y

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

maaf Y12

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Utk konkrit kekuatan tinggi (30 ke atas) dinasihatkan utk mengambil design dari syarikat pembekal konkrit. Tidak digalakkan membancuh sendiri kerana ia akan membuatkan konkrit terlampau kering, jika dibancuh di tempat bancuhan, ia akan ditambah dgn additive yang membuatkannya lebih 'basah' dan mudah dimasukkan dalam acuan.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

kalau nak gantikan pasir dan kulit kerang saya rasa boleh dicuba, kalau nak kira nisbah boleh gunakan kaedah di atas.

Tanpa Nama berkata...

salam tuan eng..sy ingin bertanya tentang bancuhan konkrit 1:2:4 seperti yang ditunjukkan di atas.bagi 1 bag(50kg) simen yg digunakan, brapekah isipadu(m3) konkrit yang terhasil.

Tanpa Nama berkata...

salam en eng..nk tny ni..klau sy gna bekas yang ada sukatan boleh x untuk keadah isipadu???contoh nye,bekas tu dalm unit ml.saya gna nisbah 1:3:6 untuk kerja penmpalan lantai dalm bagunan.sy mskkan 1000ml simen,3000ml pasir,dan 6000ml btu baur.adakah ianya sesuai????

Tanpa Nama berkata...

salam en eng...nak tnya,simen ada expired date ke???????(runsing)

Tanpa Nama berkata...

salm 1 malaysia!!!!sy nk tny,untuk pyediaan bahn.contohnye pasir,kte kna wt ke ujian kelodak?????(pening)

Tanpa Nama berkata...

en!sblm wt bncuhan konkrit, kte kna dapatkan kelembapan btu baur ke???

Tanpa Nama berkata...

sy pelajar dri politeknik...nk tny ni,sy campurkan simen gam dalam bancuhan konkrit untuk kerja penampalan lantai.agk2 sesuai ke???

Tanpa Nama berkata...

salm...sya nk tny,klau sy gna bekas yg dah ada sukatan.dalm unit ml.boleh gna ke untuk kaedah isipadu.contohnye,sya gna nisbah 1:3:6 untuk kerja pnmpaln lantai dlm bagunan.sya gna, 1000ml simen,3000ml psir,dan 6000ml btu baur.adakah ia sesuai??

Tanpa Nama berkata...

slm.klau kte gna kaedah isipdu,kte kna cri semua ktmpatan bhn ke?

wan khamsi berkata...

Terima kasih banyak2...betul2 membantu sbb skrg keje dalam area hutan...banyak nak kena buat site mix.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

salam tuan eng..sy ingin bertanya tentang bancuhan konkrit 1:2:4 seperti yang ditunjukkan di atas.bagi 1 bag(50kg) simen yg digunakan, brapekah isipadu(m3) konkrit yang terhasil.

Jawapannya :-

1 : 2 : 4
50kg : 100kg : 200kg = 350kg.
Ketumpatan Konkrit = lbhkrg 2400kg/m3
0.15 m3 isipadu konkrit terhasil utk setiap satu simen bag.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

salam en eng...nak tnya,simen ada expired date ke???????(runsing)

Jawapan :

Saya sendiri x berapa tahu samada simen punya expire date sampai bila. Tetapi sepanjang pengetahuan saya, selagi simen bag tidak dibuka atau terdedah kepada udara, ia akan tahan mungkin berpuluh tahun. Seandainya simen bag telah dibuka, dengan cuaca di Malaysia, mungkin paling lama satu bulan.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

salm 1 malaysia!!!!sy nk tny,untuk pyediaan bahn.contohnye pasir,kte kna wt ke ujian kelodak?????(pening)

Jawapan:

Kalau projek JKR kene, caranya rujuk MS30,

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

en!sblm wt bncuhan konkrit, kte kna dapatkan kelembapan btu baur ke???

Jawapan :

Kene. Dah dapat berapa % kelembapan, kita tolak water content. Kalau kelembapan 20%, tolak water content 20%

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

sy pelajar dri politeknik...nk tny ni,sy campurkan simen gam dalam bancuhan konkrit untuk kerja penampalan lantai.agk2 sesuai ke???

Jawapan:

Saya x pasti, nanti saya cuba buat rujukan

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

salm...sya nk tny,klau sy gna bekas yg dah ada sukatan.dalm unit ml.boleh gna ke untuk kaedah isipadu.contohnye,sya gna nisbah 1:3:6 untuk kerja pnmpaln lantai dlm bagunan.sya gna, 1000ml simen,3000ml psir,dan 6000ml btu baur.adakah ia sesuai??

Jawapan:

X sesuai kerana pengiraan tersebut dilakukan dalam unit Kg, setiap bahan mengandungi ketumpatan berbeza, namun ia selalu digunakan untuk bancuhan kecil kerana ketumpatan untuk setiap bahan tidak jauh beza, namun ia bukan cara yang disyorkan, cuma untuk memudahkan kerja sahaja.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

slm.klau kte gna kaedah isipdu,kte kna cri semua ktmpatan bhn ke?

Jawapan :

Ya.

Tanpa Nama berkata...

thanks a lot Engr. Muhammad Firdaus!! coz penerangan encik sgt m'bntu sy di dlm proses mnyiapkn final projek..

mE Artini berkata...

as'salam sir.. kalau serpai kayu di gantikan dengan aggregate.. apa pndangan sir??? dan.. untuk itu.. adakah apa2x ujian yg akan di lakukan dahulu b4 digunakan.. apakah jenis ujian itu kalau ada???

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Saya sebenarnya kurang mahir sangat pasal ujian bahan ganti ni. Cuma pada saya, basicnya, cuba test serpai kayu tu mengikut test utk material concrete. Cthnya, water absorption, clay-silt-dust content, Organic impurities, crushing value, soundness test, chloride content, and sulphate content. Kalau lepas, ok la kot. saya pun x pasti. Tapi sebaiknya, cuba cek dgn pensyarah, sebab kajian ni, biasanya dilakukan di Universiti.

mE Artini berkata...

eheheheh.. terima kasih.. : )

Tanpa Nama berkata...

Salam, Engr. Muhammad Firdaus.. Saya ida, ingin bertanya berapakah nisbah air simen bg bumbung konkrit (roof tiles).. untuk pngetahuan En. saya sedang membuat final projek betajuk bahan tambah (Expanded Polystyrene-EPS) dalam bancuhan bumbung konkrit..

Tanpa Nama berkata...

salam, saya nk tnye klu kte dh bncuh ikut nisbah air simen 0.55 tp bancuhan tu kering leh x kte tmbh je lg air? thanks Engr. Firdaus..

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

tambah air boleh, tapi kene tambah simen. Sampai dia punya mix masih lagi 0.55.

Tanpa Nama berkata...

salam en, sy studen, bwt projek thn akhir dinding galas beban in-situ dan mengunakan konkrit G35 ketingian flat 2 17 tingkat mcm mne nak tau ketahanan konkrit 2 dgn ketingian 17 tingkat 2. ada pengiraan x?? mcm mne sy nak tau daya ketahanan atau daya ricih dinding 2??en blh tolog ker??

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Saya ingat sebaik-baiknya kena buat design yang proper untuk ini. Secara web macam ni agak kurang tepat.

Tanpa Nama berkata...

salam en..saya drpd politeknik..untuk fnal projek,sy mmbuat gntian pasir dengn debu kuari untuk gred 20, dan setiap bancuhan mmpunyai 4smpel iaitu 20%,40%.60%dan 80%..cmna nk kira nisbah bncuhan konkrit tuk peratusan tersebut??

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Saya x faham 20%, 40%, 60% dan 80% tu apa?

Tanpa Nama berkata...

salam encik .. untuk penggantian pasir dengan kulit kerang,ujian apa yang wajib ?

Tanpa Nama berkata...

salam encik .. untuk penggantian pasir dengan kulit kerang dalam bancuhan konkrit , ujian apa yang wajib ?

Tanpa Nama berkata...

salam en. . urm. .self-consolidation concrete@self-compaction concrete@slump flow test, ujian ini ujian apa dan untuk mengetahui apa? berapa nisbah untuk mlakukan ujian nie? ? harap en bole bantu kami. . :) teme kasih. .

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Penggantian pasir dan kulit kerang : Saya x pernah buat benda ni. Tapi sebagai guidelines utk awak, kulit kerang ke apa ke benda sekalipun untuk menggantikan pasir dan batuan, dipanggil aggregate. Cuba awak lihat dalam MS30:1971 Methods of sampling and testing of mineral aggregates, sand and fillers. Dalam tu ada diberi kaedah untuk menguji aggregate (x kira apa bahan sekalipun), cuba dapatkannya di SIRIM.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Self cosolidation concrete, self compaction concrete bukan ujian, ia adalah sejenis concrete yang boleh padat dengan mudah tanpa bantuan , memang terdapat di pasaran. Slump flow test dalah ujian untuk mengetahui kebolehaliran konkrit ke dalam acuan. Ia tiada kena mengena dengan kekuatan. Cuma untuk mengetahui aliran konkrit dari lori, dituang ke dalam acuan sehingga ia memenuhi ruang-ruang kosong antara acuan dan besi. Biasanya ia diujia dengan ujian slump (kaedah cari dlm internet), makin cair konkrit sepatutnya semakin baik.

Tanpa Nama berkata...

untuk ujian slump flow test tue..nisbah bancuhan dia berapa ek...sbb air dia bnyk sngt...???

Tanpa Nama berkata...

salam en. . terima kasih atas ulasan en di atas. .saya ingin bertanya lagi. .berapa nisbah untuk membuat scc? ? kebanyakan kaedah didalam internet tidak menyatakan berapa nisbah bancuhan scc. . harap en bole membantu. . atau bagi link atau nama buku yang berkaitan. . terima kasih. . :)

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Untuk ujian slump concrete, nisbah bancuhan yang perlu disediakan adalah nisbah bancuhan biasa. Macam kita buat gred 20, 25, 30 dan lain2. Tujuannya adalah untuk menguji konkrit yang akan kita gunakan di site menepati sifat workability atau tidak, bukannya satu konkrit baru, jadi x perlu nisbah bancuhan baru.cuma gunakan nisbah bancuhan seperti di atas sahaja pun boleh.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Untuk Self consolidating concrete, saya x pasti mengenai nisbah bancuhan, setahu saya, ia cuma bahan kimia yang ditambah ke dalam konkrit untuk menjadikannya self consolidate.

Tanpa Nama berkata...

salam en...sy nak ty..kebiasaannya untuk slump test...bpe nilai keruntuhan yg ok?.....adakah dlm range 50mm-100mm

Tanpa Nama berkata...

mcm mne dpat o.o4

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Biasanya utk konkrit biasa memang slumpnya 75mm variasi 25mm, jadi betullah 50mm - 100mm. Namun ada konkrit yang jatuh slumpnya lebih tinggi, ia bukannya fail, cuma memang designnya sebegitu, biasanya pump mix atau self consolidating kerana biasanya konkrit jenis ini lebih cair, sebaiknya bincangla dahulu dengan pembekal konkrit. Untuk konkrit biasa, tanpa special mix, biasanya 50mm - 100mm.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Untuk mndptkn 0.04, kaedahnya adalah menggunakan compacting factor. Alatnya pun lain, ia tidak menggunakan kon slump. Cuba anda google compacting factor concrete dan anda akan jumpa. Ia jarang digunakan di tapak kerana kerjanya agak susah dan cerewet, namun ia bukanlah alasan untuk tidak payah buat. Sepatutnya memang perlu untuk setiap bancuhan.

Tanpa Nama berkata...

salam..saya ingin bertanya,agak2 apa bahan yg sesuai untuk diganti kan dgn batu or pasir?ini tuk final projek saya..harap en dpt bantu

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Apa-apa sahaja bahan yg halus yang menepati ujian dalam MS30 boleh digunakan untuk menggantikan pasir dan batu.

Tanpa Nama berkata...

tuan saya nak tahu bagaimanakah kita mendapatkan jumlah penggunaan bahan contohnya membina jalan konkrit 300 meter x 4.2 meter x 4" tebal, macam mana formula kiraan untuk mendapatkan berapa ela

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

bahan apa? bahan mentah ke atau konkrit siap campur?

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan,

Saya menggunakan baldi untuk membuat konkrik grade 30 iaitu 1:1:2.(1 simen: 1 pasir : 2 batu baur)
Cuma saya nak tanya berapa banyak air di gunakan dalam baldi yang sama bagi membuat site mix grade 30. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

encik eng.. bagaimana nak mengira jumlah simen,pasir,batu jika konkrit gred 35 dengan nisbah 1:1.5:3 kuantiti konkrit adalah 31m3 .. saya xde basic civil. help.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Cara pengiraan yg diatas diberikan kepada yg xde basic civil.

Hanim Mahali berkata...

Terima kasih untuk penjelasan yang terperinci. Amat membantu saya. Saya juga engineer (Design Engineer), tapi masih baru setahun. Terlalu banyak yang saya harus belajar. Boleh kita berhubung melalui email ? senang untuk saya kemukakan segala kemusykilan nanti. my email - hanim.mahali@gmail.com

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

muhammad_firdaus@hotmail.my

Tanpa Nama berkata...

nak tahu untuk grade 25 berapa beg cement untuk 1m3 concrete? tq sangat2..

Tanpa Nama berkata...

mcm mne nak kira kuantiti konkrit???

Tanpa Nama berkata...

Salam Encik. Saya terlibat dalam pembinaan tangki air. Konkrit yang digunakan ialah konkrit gred 35A. Boleh encik beri maklumat lanjut tentang gred ni? seperti berapa nisbah konkrit gred 35 ni dan bahan tambah apa yang selalu digunakan supaya konkrit tersebut water proof.

Tanpa Nama berkata...

salam. encik boleh saya tahu konkrit gred 35A berapa nisbahnya ?

Hashirad Mukshid berkata...

Saya ingin bertanya....mcamana cara nak jalankn Ponding Test untuk swimming pool?

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Letakkan khemah untuk tutup kolam tu (jangan bagi kene air hujan. Lepas tu buatkan 1 talam (1meter(L) x 1meter(P) x 50mm dalam), isikan air dan letakkan pembaris di dinding talam tersebut. Juga letakkan pita pengukur di dalam kolam tu. Lepas seminggu ambil bacaan kedua2, kalau bacaan dalam kolam lebih (cth;- kolam air hilang 2mm, talam air hilang 1mm. Maksudnya ada leakingla). Kalau kadar kehilangan air sama, maksudnya mungkin sebab pemeluwapan.

Hashirad Mukshid berkata...

Terima kasih atas maklumat tersebut. Ia amat membantu sy. Satu lagi, apakah nama bahan tambah untuk mempercepatkan proses hidration konkrit?

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Bnyk jenaama, ada SIKA, FOSROC dll. boleh cari dlm website.

Tanpa Nama berkata...

salam en...untuk air simen 0.45 atau 0.55 digunakan...ade xfaham sikit..sbb kiub akan direndam dlm air selama 7 atau 28 hari...

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pngiraan untuk tahu berapa berat simen,pasir dan batu baur yg perlu digunakan..jkalau tmpat konkrit bkeluasan 20 m3 dgn mnggunakan nisbah 1:2:4??

hazyra berkata...

salam .
boleh tak nak ubah suai roof tapi dengan menggunakan expanded clay ? perlu ada bahan tambahan lain tak ??

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Soalan ;
salam en...untuk air simen 0.45 atau 0.55 digunakan...ade xfaham sikit..sbb kiub akan direndam dlm air selama 7 atau 28 hari...

Jawapan;
Biasanya part ni mmg ramai yg x phm. Sebenarnya kiub direndam selepas konkrit mengeras (24 jam). Pada waktu ni, zarah air dah xkan bercampur dgn konkrit lagi, tujuan rendaman adalah untuk mengekalkan suhu yg rendah dan juga untuk mengelakkan kecutan pada konkrit, bukan untuk bancuhan lagi.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...saya seorg pelajar politeknik kota bharu...boleh tak awak cadangkan satu projek final year untuk saya buat...nama saya azmi 013-9554452 (azmie81@hotmail.com/azmie300981@yahoo.com)

Tanpa Nama berkata...

assalam..saye student poli..sye sdg menjalankan projek akhir..sye nk tnye tok buat kuib konkrit yg bersaiz 150x150x150 berapa berat simen,pasir dan batu baur yang diperlukan bagi memenuhi saiz acuan tersebut..??

Tanpa Nama berkata...

salam en..nk tanye sikit 7,14,21,28 hari atau 7,28 hari?? untuk umur kiub atau tempoh rendaman kiub..

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Umur kiub.

Tanpa Nama berkata...

salam en... sy nk tnya apa kegunaan dan workability untuk konkrit gred 30..

Tanpa Nama berkata...

Letakkan khemah untuk tutup kolam tu (jangan bagi kene air hujan. Lepas tu buatkan 1 talam (1meter(L) x 1meter(P) x 50mm dalam), isikan air dan letakkan pembaris di dinding talam tersebut. Juga letakkan pita pengukur di dalam kolam tu. Lepas seminggu ambil bacaan kedua2, kalau bacaan dalam kolam lebih (cth;- kolam air hilang 2mm, talam air hilang 1mm. Maksudnya ada leakingla). Kalau kadar kehilangan air sama, maksudnya mungkin sebab pemeluwapan

salam en. talam air ni sesuai utk any shape n depth swimming pool ke?

faiznur sallehuddin berkata...

salam cik..adakah bancuhan bata konkrit sama dengan bancuhan konkrit?

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Untuk ujian pemeluwapan, sesuai utk semua jenis swimming pool atau kolam.

Tanpa Nama berkata...

bumbung leaking apabila hujan. Sudah tampal mortar pada liang-liang keping roof tiles. Tidah tahan lama. mortar panas sudah crack lagi. apakah nisbah bancuhan simen utk kerja tampal liang roof ?

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, Eng. Firdaus.
Saya adalah pelajar politeknik jabatan Kej. Awam. Saya keliru dengan gred konkrit dan nisbahnya. Soalan saya, adakah gred konkrit dikelaskan mengikut nisbah campuran bahan atau kegunaanya?

Kindly reply to my email add
( nurul_atiqah2077@yahoo.com )
Tq.

Tanpa Nama berkata...

Eng.Firdaus,
Rumah saya berada di kawsan tanah rendah berbanding jalan utama. Jadi jalan tanah merah ini tidak diturap cuma diletakan batu kasar. Kini akibat hujan, jalan ini rosak teruk dan menyukarkan untuk keluar masuk. Saya ingin membaiki jalan ini dengan menukarkan sebagai jalan konkrit. Harap dapat beri nasihat tentang cara membuat jalan konkrit di kawsan curam ini.

Tanpa Nama berkata...

Tn.Jurutera, saya ingin tahu bagaimana kah kita boleh menentukan bahawa lantai konkrit yg kita buat itu mampu menambung beban berat sehingga 30 ton.. sbagai contoh:jika kita menggunakan campuran 1:2:4: tebal lantai konkrit 6"inci..apa kan beban berat 30 ton boleh d tanggungnya (xpecah) apa kah campuran/gred dan ketebalan konkrit yg boleh menampung beban seberat 30 ton? mohon d email ke:junaidi_joseph@yahoo.com

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Rumah lbh rendah berbanding jalan utama - Saya cdgkan agar konkrit tersebut dibuat mengikut bancuhan G20 atau G30 dengan BRCA6 diletakkan dgn ketebalan sekurang2nya 2 inci.

Tanpa Nama berkata...

Salam. org jual pasir/batu dlm ela(yards)? adakah ianya bmaksud dlm ela padu?

1 ela pasir brp kg?
1 ela batu brp kg?

Thx in advance

Tanpa Nama berkata...

assalam En Firdaus.. saya mau tanya adakah memberi apa2 kesan pada bancuhan konkrit jika kita menggunakan air tangki yg terdedah secara langsung kepada cahaya matahari?

Tanpa Nama berkata...

salam saya nak tanya berapakah anggaran berat simen yang diperlukan untuk membuat 6 kiub konkrit gred 30 bersaiz (150mm X 150mm)

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

assalam En Firdaus.. saya mau tanya adakah memberi apa2 kesan pada bancuhan konkrit jika kita menggunakan air tangki yg terdedah secara langsung kepada cahaya matahari?

tidak, cuma suhunya mungkin menaikkan suhu konkrit

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum en.firdaus.sy plan nak semen tanah blakang rumah yg berkeluasan 22" x 20".tanpa ada background civil engineering n berdasarkan info yg en.firdaus bagi.sy plan nak semen je sendiri.Soalannye:-

1)Gred g7.5 biasa digunakan utuk tujuan apa?and adakah boleh kalau sy menggunakan g7.5 utk tiada tanggungan bebanan?

2)Adakah perlu bg sy menggunakan besi dlm konkrit utk mengelakkan cemen tidak pecah?
harap dapat membantu.

binjai berkata...

assalaumailkum

tumpang tanya macam mana cara bancuhan untuk buat konkrit yg tergantung contoh nya table top atau pon penutup longkang... perlu tunjuk ajar.

azmil azhar berkata...

salam sya ucpkan sya nak tnya agaknya brapaka nisbah yg sering di gunakan dalam membuat bata tanah liat? sya perlu tnjuk ajar...

Tanpa Nama berkata...

kesan kekuatan konkrit jika mengunakan batu baur yang mengandungi bahan organik @ kelodak

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Sebenarnya boleh letak g7.5, tapi kena letakkan besi dan ketebalan biasanya melebihi 100mm dah ok dah.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Konkkrit yg tergantung sm shj dgn konkrit biasa kekuatannya.

Kekuatan mungkin sedikit lemah tetapi ia boleh diuji, bukan kekuatan yg mula2 diperhatikan, tetapi keserasiannya.

miss aimi athirah berkata...

salam.. saye nak tanye boleh encik? kalau lets say saye nak buat slab thickness 4 inchi grade 20/25, saye nak estimate berape beg semen nak kena guna... 1m3 semen selalunye guna berapa beg semen dan berape plastic pasir ye?

NurulHidayah Zainudin berkata...

Assalamualaikum.saya nak tanya,apakah ratio bagi concrete gred 40 dan 45 .terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

salam encik genius, saya nak tanya kalau nak extand dapur size 26ft x 10ft dgn ketebalan 6 inci boleh tak saya guna slab konkrit Gred 20? berapa bag simen diperlukan untuk keluasan ini dan sekiranya perancangan akan datang untuk naikkan satu floor ke atas, sesuaikah saya gunakan brc y12 dan berapakah berat brc yg saya perlukan? tqvm..

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Awak boleh kira menggunakan kaedah di atas, kalau nk kira kat sini, panjang sgt. Klu awak nk naikkan satu tingkat ke atas awak kena kira tiangnya dan penapaknya, slab tiada kaitan.

Tanpa Nama berkata...

salam en.firdaus..sy nk tnye..biase nye grade concrete brape yg digunakn utk cerucuk?

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Dari 45 sehingga 80

miss lavender berkata...

salam en.firdaus..
sy ingin membuat sebiji batu bata simen meggunakan bahan simen, bata dan tebu..tp sy x pasti nisbah yg betul utk membuat sebiji bata..dan jumlah air yg dprlukn..boleh encik terangkan kpd sy? tq

Lela Asfarlela berkata...

sangat berguna untuk sye yg baru nak belajar . tq en.Firdaus

Tanpa Nama berkata...

terima kasih. sangat berguna :)

Tanpa Nama berkata...

terima kasih....

laika rahim berkata...

encik... hat 0.65, 0.55 n 0.45 mmg tetap ke?? macam mana nak taw jumlah air yang dikenakan

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

ye....kalau diubah mungkin akan mengganggu kekuatan konkrit. Jumlah air yg digunakn ada saya berikan kat atas.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kalau konkrit grade 40, ape ye nisbah dy?

IejalGaijin berkata...

salam . .
sy still student and nk tanye sket:) . .
bangunan jenis apa yang menggunakan konkrit G30 and apa perbezaan G30 nie dgn gred yang lain:) . .

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Mungkin soala ini tersasar sedikit topik. Saya ingin bertanya, Apakah definisi 'Socketed Length'? Harap tuan sudi membalas. Terima kasih.

Amir Ahmad berkata...

Assalamualaikum wbt.

Sekiranya para sahabat ingin menggunakan perkhidmatan Pest Control - Anai-anai "Termite Soil Treatment". Boleh hubungi saya.
016-338 0960
blog :
1. www.daunservices.blogspot.com
2. www.fumigaton-malaysia.blogspot.com

Website : www.daunpestcontrolhygieneservices.com.my

Terima kasih, semua.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Socketed Length adalah kedalaman sesuatu penyangkut atau hook yg dimasukkan kedlm ssuatu struktur. Cth klu piling biasanya ada rebar yg akan terkeluar sedikit untuk di konkrit sekali dengan pilecap. Jd pnjg rebar tu dipanggi socket length, begitu juga klu ada rebar yg perlu joint dgn mana2 struktur yg lain, ia juga dipanggil socketed length atau sesetengahnya dipanggil dgn hook length.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.
Terima kasih atas ulasan 4 Julai 2013.em, boleh tak jelaskan kenyataan ini...

" Mana-mana kerja konkrit bagi bored pile yang belum dibuat, tetapi permanent casing telah ditanam, socketed length perlu dipastikan mencapai sekurang-kurangnya 8 meter daripada permanent casing yang telah ditanam."

Mohon tuan ulas. Sekian, terima kasih.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Owh...bored pile rupanya...socketed length adalah kedalaman piling tersebut melebihibedrock. Maksudnya, setiap bore pile hendaklah dikorek sehingga jumpa bedrock, namun kene korek dalam batu tu lebih sedikit untuk disoketkan pile tersebut dalam batu, supaya pile tersebut tetap dlm kedudukannya...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas ulasan tuan.

Em, apakah definisi 'Bonded Length' ?

Saizaruni Paino berkata...

boleh tak tuliskan nisbah dari gred 25 hingga 90 ? terima kasih kerana membantu...

Tanpa Nama berkata...

salam tuan, saya sekarang dalam proses untuk mmbuat projek akhir... saya menggunakan hampas tebu yang sudah dikisar menjadi debu untuk dijadikan bahan tambah dalam menghasilkan bata. jd agak2 berapa nisbah campuran bahan dan air simen yang diperlukan untuk setiap bancuhan...

Ahmad Syahir berkata...

Assalamualaikum....sekarang saya sedang lakukan projek berkenaan self-compacting concrete....boleh minta pandangan Encik, apakah nisbah yang sesuai dalam ujikaji saya itu? Berapa berat simen, pasir dan batuan? Dan apakah saiz spesifik bagi pasir yang digunakan utk konkrit? Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya hendak bertanya, bagaimana untuk membuat propotion untuk coco peat dan tanah bris dan rationya adalah 1 coco peat : 3 bris soil jika pasu tersebut kecil sahaja ( 18cm height, 18cm in surface diamater)

Tanpa Nama berkata...

Berapakah kuantiti pasir, simen dan batu untuk konkrit lantai 20'×20' ketebalan 3"...dan berapa ela pasir dan simen digunakan untuk lapisan kduasbelum memasang tai anggaran ketebalan 2" keluasan sama seperti diatas, berapa beg simen yg hendak digunakan untuk pasang tile keluasan tersebut..email ke ayu8_8586@yahoo.com termasuk kos upah..dan keseluruhan..diharap mendapat jwpn segera. Terima ksh

sue^anas berkata...

Bgaimana nak kira langkah 5 ni ? : Masukkan pasir 100kg. Macamn??.... Ketumpatan pasir lbh krg 2600kg/m3. Jadi, pasir yg perlu dimasukkan adalah sbnyk 0.04m3 atau 2 baldi.

Tanpa Nama berkata...

ada sesiapa pernah buat bancuhan grade 40? brapa nisbah yang diperlukan untuk grade 40?

Dekorasi Rumah berkata...

Mengatur arsitektur rumah tidak lepas dalam mengatur ketinggian plafon. Tinggi rendahnya plafon dapat ditentukan dengan memperhatikan kondisi sekeliling seperti iklim, proporsi ruang, sirkulasi udara dan pencahayaan.

rizal berkata...

assalamualaikum,,, saya nak tanya sikit... apa pendapat encik laa... saya cadang nak tambah ais dalam konkrit bagi melambatkan penghidratan,,,hal ni disebabkan,,, kerja-kerja konkrit terpaksa dilakukan secara manual.. pasal tempat sempit.. kren x boleh dibawa masuk.. nak sewa konkrit pump pon x berbaloi... sebab keja x banyak sgt pon... tapi keje ambik masa lama untuk siap... sy hanya nak tahu,,, pada biasanya.. setelah 2-3 jam konkrit dibancuh,,, penghidratan akan kuat masa tu,,, konkrit dah basi masa tu...( apakah dgn tindakan sy,, dgn tambah ais akan melambatkan penghidratan,, konkrit akan lambat basi... dan berapa lama konkrit dapat digunakan untuk struktur) gred konkrit dah dinaikkan,, spatutnya G 30, tapi kita buat G 35..

rizal berkata...

assalamualaikum,,, saya nak tanya sikit... apa pendapat encik laa... saya cadang nak tambah ais dalam konkrit bagi melambatkan penghidratan,,,hal ni disebabkan,,, kerja-kerja konkrit terpaksa dilakukan secara manual.. pasal tempat sempit.. kren x boleh dibawa masuk.. nak sewa konkrit pump pon x berbaloi... sebab keja x banyak sgt pon... tapi keje ambik masa lama untuk siap... sy hanya nak tahu,,, pada biasanya.. setelah 2-3 jam konkrit dibancuh,,, penghidratan akan kuat masa tu,,, konkrit dah basi masa tu...( apakah dgn tindakan sy,, dgn tambah ais akan melambatkan penghidratan,, konkrit akan lambat basi... dan berapa lama konkrit dapat digunakan untuk struktur) gred konkrit dah dinaikkan,, spatutnya G 30, tapi kita buat G 35..

ujeng minang berkata...

Assalamualaikum..., adakah kemampuan struktur seperti borepile wall (expose 1/3) bahagian sebelahnya menahan load tanah bukit, yang design asal menggunakan G40 ditukarkan kepada G35 TREMIE (tahan cair 4 jam) dengan reinforcement 13T25 wif spiral T12-150 masih mampu strength menampung leteral load tanah setinggi 4m. Apakah ujian yang sesuai untuk mengenalpasti kekuatan struktur CBP Wall bersaiz 600mm diameter ini yang boleh menunjukkan G35 TREMIE ini masih OK digunakan. Tolong beri pencerahan..t.kasih...!

Tanpa Nama berkata...

Apakah yang dimaksudkan oleh Konkrete G40/20 dan 20/40.
yang belakang /20 dan /40 ? adakah itu size aggregate ?

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

Salam, boleh sebenarnya nak tambah ais, tapi kena pastikan nisbah water/cement rationya masih sama. Jika tidak konkrit akan cair. Ais boleh menggantikan air jika suhu terlampau panas.

Engr. Muhammad Firdaus berkata...

G40/20 /20 adalah saiz aggrregate maksimum.

Tanpa Nama berkata...

salam en firdaus, saya nk tny bagaimana unutuk kira konkrit bersama bahan tambah
sakinah_salleh94@yahoo.com

Catat Ulasan

Terima Kasih untuk setiap ulasan.